Thursday 23 April 2020

Malam 1 Ramadhan

Assalamualaikum buddies sekalian.
Salam malam 1 Ramadhan. Esok dah puasa. PKP dilanjutkan lagi.
I dont know why malam ni sendu sangat. Dekat bilik aku ni sejuk je. Barakah barangkali.
Ramadhan this time tak macam ramadhan yang lepas dimana ramadhan lepas dapat buka puasa sama2 with my friends, my family. Ramadhan kali ni kena buka puasa sorang2 kat bilik. Hahaha. Al maklumlah stuck dekat kolej sejak bulan mac harituu lagi. Kelas online pun takde lagi. Physical class maybe start bukan jun. Kalau Corona ni dah takdelaa. Kalau still ada lagi, ntah bila laa kelas nak mula. Kita doakan biar semuanya cepat berakhir ya kawan2?

CoronaVirus ni, bila fikir2 balik, mgkin ada hikmahnya utk kita. 

Selalu bulan puasa, bila habis kelas je, penat & lepastu tidur. Sekarang dah tak boleh cakap penat sebab tak buat apa pun kat bilik/rumah. So ada banyak masa untuk mengaji, berzikir semua. Alhamdulillah.

Selalu mak ayah balik kerja dah lewat, nak prepare untuk berbuka pulak. Jadi ada sedikit masa untuk anak2. Lepas terawih, mgkin terus tidur sebab keesokannya nak bersahur&bekerja. Jadi Ramadhan kali ni takde alasan untuk tuu sebab PKP ni still dilanjutkan. So ada lebih banyak masa untuk anak2. 

Selalu anak2 yang kat ipt & sekolah berasrama berbuka bersama-sama kawan. Banyak merungut sebab jarang balik rumah.  Tapi kali ni special. Sebulan dapat berbuka puasa dengan family. Masa ni laa nak tambah banyak pahala. Tolong mak masak kat dapur. Tolong mak buat kerja rumah semua.

Selalu orang ramai sibuk nak pergi bazaar Ramadhan sebab malas nak masak, sebab sibuk semua. Sampai anak2 jemu makan lauk kat bazaar. Lepastu beli banyak sampai mebazir. Tak habis, dibuangnya pula. Kali ni special. Sebulan makan masakan mak. Lepastu petang selalu pergi bazaar, tapi kalini Ramadhan special sebab petang boleh tgok ceramah2 kat TV.

Pengajaran kat sini, Ramadhan kali ni sangat bermakna. Banyak masa yang ada untuk kita beribadah dan memohon keampunan dariNya. Allah mungkin menghadirkan Corona ni bersebab. Sebab apa? Sebab untuk membuat kita sedar betapa besarnya nikmat masa, kasih sayang dan pengorbanan. 

Doakan supaya kami yang di kolej ni juga dapat pulang untuk berbuka bersama keluarga. Aamiin. Sekian sahaja warkah dari aku. Di kesempatan ini, aku memohon sejuta keampunan dari kalian semua sama ada yang mengenali aku atau tidak. Bersama sama kita saling mendoakan sesama manusia. Aamiin. Selamat malam buddies! Esok puasa tau. Jangan tetiba bukak peti ais siang hari. Lupa pulak puasa. Adehhh.

p/s: jangan membazir! member kat Syria sana kekurangan makanan. Kita kat Malaysia, melampau lampau makanan.


No comments:

Post a Comment

Kindly comment here for improvement & jangan lupa follow semua socmed aku tau. Sayang korang ><

COPYRIGHT by AliaAhmad